Tuesday, September 28, 2010




TAJUK:
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin 
seorang Tokoh yang Disegani


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Atikah Binti Zainal Abidin
No Matrik :2010868666
Kumpulan :ECD1ce


PROGRAM:
Diploma Kejuruteraan Awam
(EC110)


TARIKH HANTAR:
23 September 2010



ISI KANDUNGAN

  
       TAJUK:
       Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh
       yang Disegani.

1.      Isi Kandungan
2.      Abstrak
3.      Pendahuluan
4.      Huraian
· Latar Belakang Tokoh
· Sumbangan

5.      Penutup
6.      Rujukan


ABSTRAK


TAJUK
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh yang Disegani

ABSTRAK

Tn. Hj. Meor Abdullah Bin Hj. Meor Amaluddin seorang tokoh yang disegani dan dihormati di kawasan Kampung Tersusun Bukit Jana. Dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan seorang imam di Surau Nurul Al-Jannah dan juga Ketua Kampung di Perkampungan Tersusun Bukit Jana. Seorang ahli ulama’ yang banyak ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Beliau juga banyak memegang jawatan penting dalam institusi keagamaan. Hal ini kerana banyak sumbangan yang telah dibuat oleh beliau dikariah ini. Antaranya, ialah memberi idea untuk membina  Surau Nurul Al-Jannah di kawasan ini, Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Nizomiyyah dan banyak lagi. Selain itu, banyak aktiviti surau yang dilakukan oleh beliau dan ahli jemaah surau yang lain bagi membangunkan dan mengembangkan ilmu agama iaitu ilmu fardhu ‘ain dan juga fardhu kifayah di surau di kawasan ini. Sifat kesederhanaan yang dimilikki oleh beliau membuatkan para penduduk di sini amat menyenangi kehadiran beliau sebagai ketua kampung kerana bersikap peramah dan prihatin terhadap kebajikan para penduduk di kawasan ini.  Dalam masa yang sama, beliau seorang yang tegas dalam hal-hal mengenai hukum Allah.



PENDAHULUAN


PENDAHULUAN

Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya akhirnya tugasan yang diberikan dapat saya siapkan dengan jayanya.Semasa cuti pertengahan semester saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.Beliau merupakan seorang imam dan juga ketua kampung dikariah Perkampungan Tersusun Bukit Bukit Jana. Temubual ini bertujuan  ini bertujuan untuk mengetahui mengenai sumbangan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh beliau dan ahli jawatankuasa surau semenjak Surau Nurul Al-Jannah ditubuhkan di kawasan ini. Beliau seorang tokoh agama dan ahli ulama’ yang disegani di kawasan perkampungan ini. Beliau juga tidak lokek untuk berkonsi ilmu agama bersama ahli jemaah dikariah ini, dan semasa sesi temubual tersebut, banyak ilmu yang dikongsi  oleh beliau.   



HURAIAN

LATAR BELAKANG TOKOH

Saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin. Beliau seorang tokoh yang disegani dikariah tempat saya tinggal. Beliau dilahirkan di Lenggong,Perak pada 7 April 1948. Merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Semasa kecil beliau dan keluarga beliau pernah tinggal di Makkah selama lima tahun. Beliau berkahwin dengan isterinya, Sarah Binti Nyah Puteh yang berasal dari Langkawi, Kedah.Hasil perkahwinan beliau dengan isterinya, mereka telah  dikurniakan tiga orang cahayamata, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak pertama diberi nama Meor Muhammad Maswira, kedua Wan Nasyatul Fariza, dan yang bongsu bernama Meor Muhammad Khairi. Tn.Hj.Meor bersekolah Al-Manshur, Penang. Sebelum memegang jawatan sebagai imam dikariah saya, beliau bekerja sebagai Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Beliau mula menetap di kawasan ini awal tahun 1990 dan mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung pada tahun 2005 (merangkap sebagai JKKK) iaitu Jawatankuasa Kemajuaan & Keselamatan Kg. Banyak jawatan yang dipegang oleh beliau antaranya ialah Pengerusi Surau Nurul Al-Jannah, Pengerusi Masjid Jamek Kg Pasir Batu 41/2 Kamunting, Pengerusi LA 21 (Local Agenda) Pusat Kejiranan Bukit Jana, Pengerusi Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Zon Taiping, Jawatankuasa Pertubuhan Informasi Islam Perak.


SUMBANGAN

Beliau dan ahli jemaah Surau Nurul A-Jannah dikariah ini banyak melakukan kebajikan kepada penduduk kampung dikawasan ini. Antaranya ialah melakukan khairat kematian, membantu dan bergotong royong apabila majlis kenduri kendara diadakan. Selain itu, rondaan malam (dibawah kawalan Rukun Tetangga) dan juga SRS (Skim Rondaan Sukarela) diadakan dikawasan kejiranan ini bagi membendung perkara yang tidak diigini berlaku di kawasan kampung ini. Tambahan lagi, pelbagai bentuk sumbangan turut diberikan kepada orang miskin, OKU (orang kurang upaya), anak-anak yatim dan juga ibu tunggal tidak kira melalui individu mahupun persatuan.

Baru-baru ini pada bulan kemerdekaan yang selalu disambut pada setiap 31 Ogos dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah memberi tajaan yang berupa Jalur Gemilang  bagi setiap rumah dikariah ini. Tujuannya untuk membangkitkan perasaan patriotisme dalam kalangan penduduk di kawasan ini. Selain memberi Jalur Gemilang kepada penduduk, Pertandingan Hiasan Kampung dan Taman Perumahan juga turut diadakan bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain dan mengeratkan perpaduan diantara kaum kerana penduduk dikawasan ini berbilang bangsa dan agama.

Manakala semasa bulan Ramadhan pada tahun ini pihak surau telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi tali silaturahim sesama Islam.Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, ialah majlis khatam Al-Quran yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat dewasa lelaki, peringkat dewasa perempuan dan peringkat kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga program berbuka puasa bersama anak-anak yatim seramai 23 orang. Sumbagan bubur lambuk kepada sumua penduduk sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, sebelum bulan Ramadhan juga pihak surau telah mengadakan aktiviti seperti ceramah Maulud Nabi, Isra’ Mikraj,perubatan secara Islam, dan tidak ketinggalan juga Hari Keluarga turut diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah sesama muslim. Mengadakan kursus memandikan jenazah muslimin dan muslimah pada hari yang berasingan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagaimana cara untuk memandikan jenazah dengan betul.

Sejarah penubuhan Surau Nurul Al-Jannah yang telah berusia kira-kira 20 tahun. Hal ini kerana, surau ini ditubuhkan pada awal 90-an dan pada ketika itu penduduk yang menetap disini hanya ada 50 buah rumah sahaja. Pada waktu itu juga terdapat sebuah tapak masjid yang disimpan khas ole kerajan. Oleh hal demikian, beliau dan pihak jawatankuasa yang lain telah bersepakat memohon tapak tersebut untuk dijadikan surau bagi memudahkan penduduk yang beragama Islam beribadat dan menjalankan kewajipan mereka sebagai umat Islam. Selepas permohonan telah diluluskan, jawatankuasa pembinaan telah bertindak dengan mencari sumber dan peruntukan daripada PLB. Kos pembinaan  keseluruhan surau ialah sebanyak RM 150 ribu ringgit. Selepas itu, pihak jawatankuasa telah berbincang untuk mendirikan pula Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengukuhkan lagi pengetahuan anak-anak dikariah ini mengenai hal ehwal agama. Pihak jawatankuasa telah memohon untuk mendirikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang peruntukannya sebanyak RM 620 ribu ringgit tidak termasuk peralatan seperti meja, kerusi dan lain-lain. Punca sumber kewangan daripada Pembangunan Luar Bandar (PLB), kerajaan dan orang ramai. Sebuah dewan bersebelahan Sekolah Agama Rakyat telah disewakan untuk aktiviti orang ramai dan wang sewaan tersebut dijadikan sebagai dana untuk menampung keperluan SAR. Setelah itu, untuk menambahkan ilmu pengetahuan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa dikariah ini, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah menyediakan sebuah bangunan yang bersebelahan dengan surau untuk mendirikan sebuah perpustakaan yang diberi nama Perpustakaan Desa. Diperpustakaan ini mereka telah menyediakan dua buah komputer yang bertujuan untuk celik IT pada masa kini yang serba canggih.



PENUTUP


PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan CTU 101 ini. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin seorang pemimpin yang  berwibawa dalam menjalankan tugasnya sebagai  seorang Imam yang dan juga ketua kampung. Tranformasi yang berlaku dikariah ini tidak akan berjaya jika pengikut tidak menghormati pemimpin . Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin. Hj. Meor Amaluddin amat dihormati oleh penduduk di kawasan ini. Disebabkan  sikap toleransi dan sifat mahmudah yang ada pada diri beliau membuatkan ahli jemaah patuh dan menyenangi cara beliau memimpin dan kepimpinan beliau  dapat dibuktikan apabila beliau menyandang beberapa jawatan penting dalam institusi keagamaan.


RUJUKAN

·         Temuramah bersama Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.

Kunjungan ke rumah Tokoh


Rumah Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi


 
Kunjungan ke Surau Nurul Al-Jannah

Tempat untuk para Muslimah Beribadat

Sekolah Rendah Agama Nurul Nizomiyyah
Melawat ke SAR
Lawatan ke Perpustakaan Desa
Perpustakaan Desa



Dewan Serbaguna untuk orang ramai

Kawasan Dewan